Selasa, 2 Julai 2013

Aquascaping/Planted Aquarium, hang nak tengok ikan ka pokok?.Hobi baru aku..

Lama bak hang x update blog aku ni. Sampai lupa dibuatnye aku ada blog satu lagi ni. Ala..xupdate pun xpe kot bukannye ada follower pun..hehe. Tapi xpelah, aku tengah rajin ni update jela mana tau ade korang2 ni yang tersesat termasuk kat blog ni.

Nak habaq kat hang semua yang sekarang ni aku gila aquascaping. Ni pehal pulak aku cakap loghat utara ni?. Sebab 'terkenan' hantar anak saudara ke utara minggu lepas kot. Jauh giloss ngantar dia belajaq kat Politeknik Arau. Tapi xpelah, bak kata pepatah, Belajaq biaq sampaiq negeriq Chinaq...hah..ambikkk..hahaha

Ok berbalik kepada hobi aku tu. Korang tau ke apa Aquascaping tu?. Aquascaping ni hobi akuarium tapi dia lebih kepada lanskap akuarium tu. Berbeza dengan orang bela ikan dalam akuarium yang pentingnya selalu ikan tu yang dititik beratkan. Kalau Aquascape ni dia bermula dari mula-mula korang setup akuarium tu dah memainkan peranan. Masa tu lah korang dah kena ada kreativiti dan idea nak susun batu kayu dan sebagainya untuk hasilkan pemandangan dalam air yang menakjubkan.

Aku ni kira baru xbaru lah berjinak-jinak dengan benda ni. Mulanya kononnya Puan bini nak bela ikan dalam akuarium kata dia. Lepas tu aku carila akuarium. Cari2 kat tenet tertengokla pulak akuarium2 aquascape ni. Cantikla pulak..sejak tu lah niat nak bela ikan akuarium terjebak ke aquascaping pulakkk.Meh aku tunjukkan beberapa gambar aquascape akuarium yang aku cilok kat tenet. Mana tau korang pulak terjebak...hahaha..


Cantik kan?. Kalau nak tau aquascape ni terbahagi dua, satu air tawar satu lagi air masin. Untuk setup air masin punya akuarium dikatakan ianya lebih mahal dari air tawar punya setup. Jadi aku buatla air tawar punya je. cut bajet katanya..cut-cut pun abeh gak lebih 1K. Tu pun main peralatan cap ayam je. xmampu nak beli mahai-mahai bak hangg...

Setup punya setup jadilah akuarium aku. seperti gambar yang aku attached kat bawah ni. Sekarang ni umur akuarium ni dah lebih kurang 40 hari. Mengikut kata2 sifu, kalau dah 40 hari ni biasanya moss iaitu sejenis pokok tidak berakar yg kita ikat pada kayu2 tu die dah boleh melekat sendiri.

Kalau korang nak tau moss-moss tersebut diikat dengan benang kaler hitam. Pokok2 menjalar pulak dah nampak dah ada yang tunas2 baru tumbuh. Hepi aku..hehehe..Alhamdulillah..hidup pun.
Moss ni nama die 'peacock moss'

Yang ni nama die 'Dwarf Saggitaria' kalau xsilap aku la..

Mula-mula risau gak xhidup sebab aku ni newbie kan?. Lagi2 belajar dari tenet dan U tiub je. Pokok yang aku risau sekali xhidup adalah sejenis pokok xde akar iaitu Riccia. Pokok ni kena ada cahaya yang terang. Aku risaula sebab lampu LED aku cap ayam tu xtaula ikut spec ke tak..hahaha. Tapi akhirnya pokok tu boleh hidup dengan sempurna.lega sikit :)
Riccia
Sekarang ni tengah setup satu lagi akuarium bertemakan batu pulak. Lupa plak nak bagitau. Hobi ni asalnya dari Jepun. Kalau yang bertema batu ni die panggil iwagumi. Gian plak nak buat satu lagi yang batu pulak.Tapi nak buat batu semata-mata ada kayu beli terlebih pulak haritu. Dah xjadi iwagumi la kalau camtu.Xpelah, hentam je lah labu. Lagi satu yang korang perlu ada nak jalankan hobi ni korang kena ada sifat sabar. Sebabnya pokok-pokok ni gila lambat nak membesar.
Baru setup, yang belakang kosong tu nak letak soil. yg depan ni pakai pasir je (Holand Sand)

Ok last sekali aku nak bagitau senarai peralatan untuk setup akuarium aquascape ni seperti berikut untuk memastikan akuarium sentiasa bersih, cantik dan ke arah lebih semulajadi.

Penapis air akuarium jenis canister. (Canister Filter)
Untuk menapis air jadi bersih dan bagi aliran air dalam akuarium lebih teratur dan semulajadi.

Tanki CO2 
Untuk bekalan CO2 (karbon dioksida) untuk pokok2. Kalau xde pun xpe tapi lambatlah sikit perkembangan pokok sebab CO2 kurang didalam air.

Lampu
Lampu ni untuk bekalkan cahaya menggantikan cahaya matahari untuk pokok. Kena 'ON' kan setiap hari ikut masa yang tetap. Contohnya 8 jam setiap hari dari pukul 8 pagi sampai 4 petang. korang kena beli timer plug untuk tetapkan masa ON dan OFF.

Tanah (Soil)
Tanah ni penting untuk korang yang rancang nak tanam pokok kat tanah bukan kat atas kayu dan batu. Biasanya tanah yang elok tu jenama ADA (Aqua Design Amano). Selain tu ada tanah BW (Borneo Wild) dan lain-lain jenama. yang terkenal untuk hobi Aquascape adalah ADA.

Selain daripada tu ada juga baja-baja pokok2 ni yang aku sendiri tengah belajar lagi. Kalau korang perasan aquascaping ni lebih berat kepada pokok2 kan selain kepada pemandangan yang sedap pada mata.Tenang jeee... Sesiapa nak join hobi ni silakanlah. Nanti aku bagitau beberapa kedai akuarium yang support hobi ni. X semua kedai akuarium support tau...korang jangan main terjah je...hehehe..

Lagi satu kalau nak tengok contoh2 aquascape aquarium ni korang boleh search Aqua design amano kat Youtube. Pakcik Amano tu otai tuuuuu..hehehe..tengokla hasil tangan die. ADA gak ada buat pertandingan akuarium paling cantik setiap tahun. Sape punya terpilih boleh g jepun, bayaq tambang sendirian berhad :p. K bye..cau cin cau...

19 ulasan:

  1. assalamualaikum... saja nak tanya mana nak dapat pokok2 dalam air nih.. jenuh dah dok cari x jumpa2.... kalo ada alamat kedai ka atau apa2 info boleh x mintak tlg email kat sini jawkie.seven@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli kat Shoope tulis benih aqurium MCM2 ade

      Padam
  2. Saya pun tgh cari pokok2 dlm air ni.. kalo ada cntct bole emel sy qatrunnada.latfi@gmail.com

    BalasPadam
  3. assalam.. braper semua cost utk setup akuarium mcm tuan punyer...?
    shahrizal.nordzahir@gmail.com

    BalasPadam
  4. Sila bg email blogger dan fb blogger.. pokok2 ni susah nak dpt.. terutama mcm rumput carpet tu.... ada info?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..saya memang dah lama cari pokok air nih..terutamanya yang jenis hidup di dasar air.
    Harap kalau ada nom contact@ alamat bleh kongsi dgn saya atau dlm blog cik ni..banyak membantu kpd yg sangat berminat..huhu
    ahmadmuzakkir96@gmail.com

    BalasPadam
  6. Pokok2 ni byk kat kedai2 aqua selangor

    BalasPadam
  7. Pokok2 ni byk kat kedai2 aqua selangor

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. jaslehaidy@gmail.com. maaf blog lama dah terbengkalai.. ni baru jenguk

      Padam
    2. Dah lama cari kedai yg jual pokok aquatic nie tapi susahh.saya ni memang minat gile ngan ikan ikan nie dan sekarang dah ada aquatium air masin satu.nk tambah air tawar satu lagi nk buat aquascape jugak nie x sabar woo.tapi nk setup mahall dah la saya nie baru 15 tahun kumpul slow slow jer.hehe ok la tu je nk cakap...

      Padam
  9. Salam bos..kasi nombor bos senang sy wasap nk tanya cara persiapan pasir dgn rumput ..syiokk pulak rasa

    BalasPadam
  10. org skrang baru nk layan bang .. jauh ketingalan :(..

    BalasPadam
  11. buat le grup wasap aquascape. sape yg buat tu masukkan no aku skali 011.15o25729

    BalasPadam
  12. Hi nak Tanya macam mana nk tanam pokok tu bagi DIA tk terapong

    BalasPadam
  13. Asyik tekeluaq dari pasiaq ja penat nak tanam balik

    BalasPadam
  14. kan..tu la..asyek terapong..sapa yg blh bantu.

    BalasPadam