Selasa, 2 Julai 2013

Aquascaping/Planted Aquarium, hang nak tengok ikan ka pokok?.Hobi baru aku..

Lama bak hang x update blog aku ni. Sampai lupa dibuatnye aku ada blog satu lagi ni. Ala..xupdate pun xpe kot bukannye ada follower pun..hehe. Tapi xpelah, aku tengah rajin ni update jela mana tau ade korang2 ni yang tersesat termasuk kat blog ni.

Nak habaq kat hang semua yang sekarang ni aku gila aquascaping. Ni pehal pulak aku cakap loghat utara ni?. Sebab 'terkenan' hantar anak saudara ke utara minggu lepas kot. Jauh giloss ngantar dia belajaq kat Politeknik Arau. Tapi xpelah, bak kata pepatah, Belajaq biaq sampaiq negeriq Chinaq...hah..ambikkk..hahaha

Ok berbalik kepada hobi aku tu. Korang tau ke apa Aquascaping tu?. Aquascaping ni hobi akuarium tapi dia lebih kepada lanskap akuarium tu. Berbeza dengan orang bela ikan dalam akuarium yang pentingnya selalu ikan tu yang dititik beratkan. Kalau Aquascape ni dia bermula dari mula-mula korang setup akuarium tu dah memainkan peranan. Masa tu lah korang dah kena ada kreativiti dan idea nak susun batu kayu dan sebagainya untuk hasilkan pemandangan dalam air yang menakjubkan.

Aku ni kira baru xbaru lah berjinak-jinak dengan benda ni. Mulanya kononnya Puan bini nak bela ikan dalam akuarium kata dia. Lepas tu aku carila akuarium. Cari2 kat tenet tertengokla pulak akuarium2 aquascape ni. Cantikla pulak..sejak tu lah niat nak bela ikan akuarium terjebak ke aquascaping pulakkk.Meh aku tunjukkan beberapa gambar aquascape akuarium yang aku cilok kat tenet. Mana tau korang pulak terjebak...hahaha..


Cantik kan?. Kalau nak tau aquascape ni terbahagi dua, satu air tawar satu lagi air masin. Untuk setup air masin punya akuarium dikatakan ianya lebih mahal dari air tawar punya setup. Jadi aku buatla air tawar punya je. cut bajet katanya..cut-cut pun abeh gak lebih 1K. Tu pun main peralatan cap ayam je. xmampu nak beli mahai-mahai bak hangg...

Setup punya setup jadilah akuarium aku. seperti gambar yang aku attached kat bawah ni. Sekarang ni umur akuarium ni dah lebih kurang 40 hari. Mengikut kata2 sifu, kalau dah 40 hari ni biasanya moss iaitu sejenis pokok tidak berakar yg kita ikat pada kayu2 tu die dah boleh melekat sendiri.

Kalau korang nak tau moss-moss tersebut diikat dengan benang kaler hitam. Pokok2 menjalar pulak dah nampak dah ada yang tunas2 baru tumbuh. Hepi aku..hehehe..Alhamdulillah..hidup pun.
Moss ni nama die 'peacock moss'

Yang ni nama die 'Dwarf Saggitaria' kalau xsilap aku la..

Mula-mula risau gak xhidup sebab aku ni newbie kan?. Lagi2 belajar dari tenet dan U tiub je. Pokok yang aku risau sekali xhidup adalah sejenis pokok xde akar iaitu Riccia. Pokok ni kena ada cahaya yang terang. Aku risaula sebab lampu LED aku cap ayam tu xtaula ikut spec ke tak..hahaha. Tapi akhirnya pokok tu boleh hidup dengan sempurna.lega sikit :)
Riccia
Sekarang ni tengah setup satu lagi akuarium bertemakan batu pulak. Lupa plak nak bagitau. Hobi ni asalnya dari Jepun. Kalau yang bertema batu ni die panggil iwagumi. Gian plak nak buat satu lagi yang batu pulak.Tapi nak buat batu semata-mata ada kayu beli terlebih pulak haritu. Dah xjadi iwagumi la kalau camtu.Xpelah, hentam je lah labu. Lagi satu yang korang perlu ada nak jalankan hobi ni korang kena ada sifat sabar. Sebabnya pokok-pokok ni gila lambat nak membesar.
Baru setup, yang belakang kosong tu nak letak soil. yg depan ni pakai pasir je (Holand Sand)

Ok last sekali aku nak bagitau senarai peralatan untuk setup akuarium aquascape ni seperti berikut untuk memastikan akuarium sentiasa bersih, cantik dan ke arah lebih semulajadi.

Penapis air akuarium jenis canister. (Canister Filter)
Untuk menapis air jadi bersih dan bagi aliran air dalam akuarium lebih teratur dan semulajadi.

Tanki CO2 
Untuk bekalan CO2 (karbon dioksida) untuk pokok2. Kalau xde pun xpe tapi lambatlah sikit perkembangan pokok sebab CO2 kurang didalam air.

Lampu
Lampu ni untuk bekalkan cahaya menggantikan cahaya matahari untuk pokok. Kena 'ON' kan setiap hari ikut masa yang tetap. Contohnya 8 jam setiap hari dari pukul 8 pagi sampai 4 petang. korang kena beli timer plug untuk tetapkan masa ON dan OFF.

Tanah (Soil)
Tanah ni penting untuk korang yang rancang nak tanam pokok kat tanah bukan kat atas kayu dan batu. Biasanya tanah yang elok tu jenama ADA (Aqua Design Amano). Selain tu ada tanah BW (Borneo Wild) dan lain-lain jenama. yang terkenal untuk hobi Aquascape adalah ADA.

Selain daripada tu ada juga baja-baja pokok2 ni yang aku sendiri tengah belajar lagi. Kalau korang perasan aquascaping ni lebih berat kepada pokok2 kan selain kepada pemandangan yang sedap pada mata.Tenang jeee... Sesiapa nak join hobi ni silakanlah. Nanti aku bagitau beberapa kedai akuarium yang support hobi ni. X semua kedai akuarium support tau...korang jangan main terjah je...hehehe..

Lagi satu kalau nak tengok contoh2 aquascape aquarium ni korang boleh search Aqua design amano kat Youtube. Pakcik Amano tu otai tuuuuu..hehehe..tengokla hasil tangan die. ADA gak ada buat pertandingan akuarium paling cantik setiap tahun. Sape punya terpilih boleh g jepun, bayaq tambang sendirian berhad :p. K bye..cau cin cau...

Isnin, 17 Oktober 2011

Resepi - Roti Telur Tumis Istimewa

Roti Telur Tumis Istimewa


Kali ni aku nak tulis resepi plak...resepi ni xdelah susah sangat.Simple gileeer.Aku suka buat resepi ni bila ade roti potong tu (Gardenia,high 5 bla...bla..bla..) yang lambat sangat nak habis sampai dah nak tarikh luput.Masak je roti yang tak habis-habis tu ikut resepi aku ni confirm abes.Tak percaya?..cubalah!..Ni resepi mak aku tapi mungkin dah lain sikit...biasa la aku sesuka ubah-ubah resepi :p


Bahan-bahan :- ( Hidangan untuk seorang...tapi kalo badan saiz XXL xcukup kot... :p )

Roti potong - 4 keping dipotong kiub
Bawang merah sederhana - sebiji dipotong
Ikan bilis - ikut koranglah banyak mane..agak2lah..
Cili Padi - 4 biji dipotong halus...ikut korang,kalo nak pedas tambah lagi
Belacan - sikit je buat tumis,kalau xnak pun takpe
Telur - sebiji je...pukul dalam mangkuk
Minyak - Untuk menumis

Cara-Cara :

1. Mula-mula masukkan minyak dalam kuali, tumiskan bawang,bilis,belacan serta cili padi.
2. Lepas dah naik bau..agak2 lah kan..hehe..Tuangkan roti korang yang 4 keping di potong dadu tu dalam tumisan tadi tu.Ala...macam buat nasi goreng.Lepas tu korang gaul-gaul kan lah.
3. Akhir sekali,korang ambik telur yang dah dipukul tu dan tuangkan atas roti tu sambil kacau-kacau supaya semua kena rata.
4.Boleh dihidang.Nak cantik boleh taburkan cili merah yang dipotong kat atas die.


Cepat kannnnn?....Selamat mencuba.Kalau dah cuba apa kata korang respon dengan balas komen kat bawah ni.. :)

Sabtu, 9 Oktober 2010

Janda Merana,Payung Indonesia..macam-macam!

Janda merana?...kesiannnn...

Kelakar kan?..ada gak pokok nama macam ni.Hari tu saja melepak-lepak dengan orang rumah di tasik lombong tinggal kat kampung Sri Aman Puchong ( Ala..lmbong yang terkenal dengan buayanya satu masa dulu tu ).Saje lepak-lepak dan tibe-tibe wife panggil dan tunjukkan pokok ni...aku xdela heran sangat sebab tengok dari jauh je..masa nak balik baru perasan rupanya wife tunjuk nama pokok ni..."Janda Merana"..haha..macam xde nama lain..kalo ada "Janda Merana" agaknya ade gak pokok nama "Duda keciwa" kot...haha..

By the way..carik punya carik ingatkan jumpa la pulak pasangan "Janda Merana" ni,mungkin si duda nya pulak...tapi yang aku jumpa cumalah payung...ye...payung...payung sebuah negara yang tah macam mane bole ade kat tasik ni...ni la die...." Payung Indonesia"...

Payung Indonesia?...mana dapat nama da.....

Ni le rupa pokok Janda Merana dari kejauhan....merana sungguh
Payung ajaib milik Indonesia..."Payung Indonesia"

Khamis, 30 September 2010

Hari yang memenatkan dan kisah fiberoptik



Semalam (28 september) dapat tidur 3 jam je,kerana ada hal yang tak dapat aku citer kan kat sini,aku terpaksa 'bersengkang mata' menahan tidur sampai la pagi tadi.Semalam nak pergi kerja bawak motor pun rasa lain macam je..macam nak 'terbang' lak rasanya.Bahaya betul!...ahaks...

Malam ( rasanya pagi dah..dalam pukul 12 pagi ) tadi assist contractor for upgrading one of the system at my company.Tak payah lah nak citer semua lak upgrading sistem ape ke,nama ape ke...just nak bagitau company tengah upgrade dari sistem kabel ke sistem Fiberoptics..

Kabel...Fiberoptics?...what the...? ahaha..pada yang takde background teknikal tu mesti tertanya-tanya ape ke benda nye la aku cakap ni.buat pengetahuan korang sistem yang biasa kita guna sejak berkurun lamanya selama ni kebanyakannya adalah sistem kabel biasa.Kabel biasa tu kabel biasala...ala..kabel kuprum atau yang korang kenali sebagai tembaga tu.

Apa kelebihan sistem Fiberoptics?.Banyak kelebihannya kalau gunakan sistem fiberoptics ni.Antaranya ialah penggunaannya dapat membawa data yang banyak melebihi kemampuan kabel biasa.Kalo dari segi teknikalnya ialah 'Bandwith' die lebar.Kadar penghataran data yang cepat sehingga Gigabit per saat (Gb/s)..laju tu...Selain dari tu kos die murah disamping mudah untuk maintainance.Ia juga ringan dan kecil,ini dapat menjimatkan penggunaan ruang.Selain tidak berkarat, fiberoptics gak kebal daripada gelombang radio dan elektromagnetik yang biasanya terhasil dari barangan elektrik sekeliling...so kalau ada penghantaran data tu kalau hantar 'AYAM' tu yang sampai kat sebelah sana tu tetapla 'AYAM'..bukan jadi 'AYANG' ke...'AYE' ke..ahaks...contoh je...



Nak cerite kelemahan laks...kelemahan die lak disebabkan Fiberoptics ni bergantung kepada cahaya semata-mata sebagai medium penghantaran,kalau cahaya yang dipancarkan lemah ia akan mempengaruhi kesan penghantaran data.Kekuatan cahaya ni diukur dengan unit dB (Desibel sebutan die...).Realibiliti sesuatu sistem Fiberoptics boleh diukur dan dipanggil BER ( Bit Error Rate ).

Lagi..Fiberoptics ni gak ade kod warna.Kod-kod warna ni menunjukkan jenis fiberoptics tersebut.Ada single mode..multi mode.


Hari ini kebanyakan syarikat komunikasi terutamanya kat Malaysia ni dah beralih ke sistem ni.Semua kerana peratus kecekapan yang tinggi sistem ni.Even Telekom Malaysia pun dah tukar sistem die terutamanya yang berada di Lembah Kelang.Sebab tu wujudnye Internet laju yang mahal tu..ape kenamaye....UniFi?... ye la kot....

Isnin, 27 September 2010

Video Kate Perry nyanyi 'Hot N Cold" dengan Elmo Sesame Street



Tertarik tengok video ni kat Youtube...ahaks....;).Macam-macam komen kuar kat laman Youtube tentang video ni...ala...ni semua atas pikiran korang semua...otak lain-lain..kalo otak kuning..kuning je la memanjangggggggg...ahahaha...By the way aku memang suka lagu asal lagu ni...