Khamis, 30 September 2010

Hari yang memenatkan dan kisah fiberoptik



Semalam (28 september) dapat tidur 3 jam je,kerana ada hal yang tak dapat aku citer kan kat sini,aku terpaksa 'bersengkang mata' menahan tidur sampai la pagi tadi.Semalam nak pergi kerja bawak motor pun rasa lain macam je..macam nak 'terbang' lak rasanya.Bahaya betul!...ahaks...

Malam ( rasanya pagi dah..dalam pukul 12 pagi ) tadi assist contractor for upgrading one of the system at my company.Tak payah lah nak citer semua lak upgrading sistem ape ke,nama ape ke...just nak bagitau company tengah upgrade dari sistem kabel ke sistem Fiberoptics..

Kabel...Fiberoptics?...what the...? ahaha..pada yang takde background teknikal tu mesti tertanya-tanya ape ke benda nye la aku cakap ni.buat pengetahuan korang sistem yang biasa kita guna sejak berkurun lamanya selama ni kebanyakannya adalah sistem kabel biasa.Kabel biasa tu kabel biasala...ala..kabel kuprum atau yang korang kenali sebagai tembaga tu.

Apa kelebihan sistem Fiberoptics?.Banyak kelebihannya kalau gunakan sistem fiberoptics ni.Antaranya ialah penggunaannya dapat membawa data yang banyak melebihi kemampuan kabel biasa.Kalo dari segi teknikalnya ialah 'Bandwith' die lebar.Kadar penghataran data yang cepat sehingga Gigabit per saat (Gb/s)..laju tu...Selain dari tu kos die murah disamping mudah untuk maintainance.Ia juga ringan dan kecil,ini dapat menjimatkan penggunaan ruang.Selain tidak berkarat, fiberoptics gak kebal daripada gelombang radio dan elektromagnetik yang biasanya terhasil dari barangan elektrik sekeliling...so kalau ada penghantaran data tu kalau hantar 'AYAM' tu yang sampai kat sebelah sana tu tetapla 'AYAM'..bukan jadi 'AYANG' ke...'AYE' ke..ahaks...contoh je...



Nak cerite kelemahan laks...kelemahan die lak disebabkan Fiberoptics ni bergantung kepada cahaya semata-mata sebagai medium penghantaran,kalau cahaya yang dipancarkan lemah ia akan mempengaruhi kesan penghantaran data.Kekuatan cahaya ni diukur dengan unit dB (Desibel sebutan die...).Realibiliti sesuatu sistem Fiberoptics boleh diukur dan dipanggil BER ( Bit Error Rate ).

Lagi..Fiberoptics ni gak ade kod warna.Kod-kod warna ni menunjukkan jenis fiberoptics tersebut.Ada single mode..multi mode.


Hari ini kebanyakan syarikat komunikasi terutamanya kat Malaysia ni dah beralih ke sistem ni.Semua kerana peratus kecekapan yang tinggi sistem ni.Even Telekom Malaysia pun dah tukar sistem die terutamanya yang berada di Lembah Kelang.Sebab tu wujudnye Internet laju yang mahal tu..ape kenamaye....UniFi?... ye la kot....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan