Khamis, 30 September 2010

Hari yang memenatkan dan kisah fiberoptik



Semalam (28 september) dapat tidur 3 jam je,kerana ada hal yang tak dapat aku citer kan kat sini,aku terpaksa 'bersengkang mata' menahan tidur sampai la pagi tadi.Semalam nak pergi kerja bawak motor pun rasa lain macam je..macam nak 'terbang' lak rasanya.Bahaya betul!...ahaks...

Malam ( rasanya pagi dah..dalam pukul 12 pagi ) tadi assist contractor for upgrading one of the system at my company.Tak payah lah nak citer semua lak upgrading sistem ape ke,nama ape ke...just nak bagitau company tengah upgrade dari sistem kabel ke sistem Fiberoptics..

Kabel...Fiberoptics?...what the...? ahaha..pada yang takde background teknikal tu mesti tertanya-tanya ape ke benda nye la aku cakap ni.buat pengetahuan korang sistem yang biasa kita guna sejak berkurun lamanya selama ni kebanyakannya adalah sistem kabel biasa.Kabel biasa tu kabel biasala...ala..kabel kuprum atau yang korang kenali sebagai tembaga tu.

Apa kelebihan sistem Fiberoptics?.Banyak kelebihannya kalau gunakan sistem fiberoptics ni.Antaranya ialah penggunaannya dapat membawa data yang banyak melebihi kemampuan kabel biasa.Kalo dari segi teknikalnya ialah 'Bandwith' die lebar.Kadar penghataran data yang cepat sehingga Gigabit per saat (Gb/s)..laju tu...Selain dari tu kos die murah disamping mudah untuk maintainance.Ia juga ringan dan kecil,ini dapat menjimatkan penggunaan ruang.Selain tidak berkarat, fiberoptics gak kebal daripada gelombang radio dan elektromagnetik yang biasanya terhasil dari barangan elektrik sekeliling...so kalau ada penghantaran data tu kalau hantar 'AYAM' tu yang sampai kat sebelah sana tu tetapla 'AYAM'..bukan jadi 'AYANG' ke...'AYE' ke..ahaks...contoh je...



Nak cerite kelemahan laks...kelemahan die lak disebabkan Fiberoptics ni bergantung kepada cahaya semata-mata sebagai medium penghantaran,kalau cahaya yang dipancarkan lemah ia akan mempengaruhi kesan penghantaran data.Kekuatan cahaya ni diukur dengan unit dB (Desibel sebutan die...).Realibiliti sesuatu sistem Fiberoptics boleh diukur dan dipanggil BER ( Bit Error Rate ).

Lagi..Fiberoptics ni gak ade kod warna.Kod-kod warna ni menunjukkan jenis fiberoptics tersebut.Ada single mode..multi mode.


Hari ini kebanyakan syarikat komunikasi terutamanya kat Malaysia ni dah beralih ke sistem ni.Semua kerana peratus kecekapan yang tinggi sistem ni.Even Telekom Malaysia pun dah tukar sistem die terutamanya yang berada di Lembah Kelang.Sebab tu wujudnye Internet laju yang mahal tu..ape kenamaye....UniFi?... ye la kot....

Isnin, 27 September 2010

Video Kate Perry nyanyi 'Hot N Cold" dengan Elmo Sesame Street



Tertarik tengok video ni kat Youtube...ahaks....;).Macam-macam komen kuar kat laman Youtube tentang video ni...ala...ni semua atas pikiran korang semua...otak lain-lain..kalo otak kuning..kuning je la memanjangggggggg...ahahaha...By the way aku memang suka lagu asal lagu ni...

Sabtu, 25 September 2010

I Phone VS Android



2,3 hari ni aku nak posting pasal I Phone je...aku tau rata-rata rakyat Malaysia mesti kenal I Phone.Sebut je I Phone mesti tau rupa die macam mane,harga die pun da tau da konpem riban-riban..Blackberry pun orang Malaysia tau gak.Kalo x masakan tidak wujudnye Blueberry dari CSL tu?..tapi aku nasihatkan takyah le beli Blueberry tu..buang masa je..SERIOOOSSS...hahaha...

Tapi korang rasa korang tau tak pasal Android?...mesti ramai tak tau punye.Kalo korang nak tau Android ni dah terkenal tahap GABAN dah kat nun di luar sana.ye..betul..tak tipu...kalo tak caya tryla googleee ataupun yahoooos kat search engine tu dan tengokla ape yang berkaitan dengan Android tu kuar.Android ni bukan brand telepon tangan ye..tak macam Blackberry ngan I Phone tu memang brand die.Android ni platform..Platform pun tak paham?...terpaksa la aku jelaskan..platform tu macam operating system la...bukan macam,memang iye pun..operating system pun tak paham?...hah..baik ko close je blog aku ni.Lagi satu,Android ni boleh jadi ape-ape brand.Dari brand cap ayam sampaila brand-brand terkenal macam Samsung,Motorola dan Sony Ericsson.

I Phone ni naik sebab brand die.Oleh kerana I Phone ni dah menempah nama,ape je yang keluar lepas tu semua dapat liputan..termaasuk la I Phone Empat yang baru lancar ni.Tapi betul ke best sangat telepon ni sampai orang tergile-gile kan sangat?..haha..aku dulu suka gak..kagum gak kat I Phone tapi sejak 'jatuh cinta dengan Android' ni aku jadi tak heran dah dengan I Phone.Tak percaya?...google google la...apa guna internet depan mata tapi tak tau nak cari info...Tapi takpe aku dah mudahkan keje korang..korang tengok video bawah ni dan bandingkan...selamat beramalllllllllll..............hak hak...



Atas ni I Phone Empat,cantik kan?..tapi keburukannye telepon ni tak support flash..diulangi..x support ye!.So jangan harapla korang nak tengok website yang ade gambar-gambar flash yang kebanyakan web pakai sekarang ni..Website video Youtube tu pun pakai flash.contoh yang terdekat ialah game Facebook yang korang main tu..Farmville dan Zoo ape ekk?.Dengar-dengar game Flash pada facebook ni akan support pada Android nanti...



Atas ni pulak HTC Evo 4G di bandingkan dengan I Phone Empat.HTC Evo 4G ni boleh dikatakan sama dengan HTC Desire HD.Evo 4G untuk pasaran US manakala HTC Desire HD adalah untuk pasaran Eropah dan Asia.So,kita dapat yang HTC Desire HD la..jangan lak korang g kedai carik HTC Evo 4G lak..sampai bile-bile pun xjumpa..korang tak tau rupa HTC Desire HD macam mane?..xpe..aku tunjukkan video die kat bawah...



Bawah ni pulak aku tunjukkan macam mana Flash ni berfungsi pada telefon Android...



k la..sekian.Penat lak...carik video nak tunjukkan kat korang.korang tengok la sendiri and then bandingkan..ape yang menarik dan tidak menarik..hmmm...ok bye..

Jumaat, 24 September 2010

I Phone Empat Dah Lancar Dah! Belila....


Semalam kat 'The Gardens' sebelah Mid Valley tu Maxis lancarkan produk terbaru yang dibawa dieorang iaitu I Phone Empat...ye I Phone Empat..memetik apa yang di cakapkan oleh Senior Vice President Maxis dalam Berita Terkini pukul 9 pagi tadi..ahaks..


Atas ni gambo pembeli pertama I Phone Empat dari Maxis,kul empat dah die tenggek kat depan kaunter sebab nak jadi orang pertama beli I Phone Empat yang canggih ni...Eh..eh..sori..pukul Enam ye..Pukul Empat lak..mentang-mentang le I Phone Empat,semua nak Empat ye?..jangan nak berbini empat suda....

Bukan Maxis je nak jual I Phone Empat nih..DiGi pun nak jugak...
Pelikla...kalo DiGi je mesti amoi-amoi die comel-comel...bagus strategi DiGi..ahakss...
Dah dua-dua telko ni sibuk mengejar pelanggan, telko satu ni wat bodo je...Celcom la...dengar dengar Celcom tak ambik hak ekslusif ni sebab die target kat Blackberry.Ala...blackberry baru tu kan nak masuk Malaysia gak..ape kenamanye...Blackberry Torch..

Apalagi?..g la beli...I Phone Empat murah je...murah la kalo gaji korang riban-riban..ahaks..tak pun kalo minat BB,tunggu la...Aku personally tak minat dua-dua ni..I'm androiders ok?...hahaha...

Isnin, 20 September 2010

Maxis dengan promo I Phone 4 nye!



Korang da tau lum?...xtau lagi?...aku nak bagitau.Maxis da lancarkan program promosi untuk telefon terbaru yang dibawa masuk mereka.seperti biasa mereka akan pilih 10 orang untuk jadi reviewers telefon terbaru mereka tu...kali ni I Phone 4 lak.sebelum ni blackberry ngan telefon android samsung galaxy s.So, ape tunggu lagi peminat-peminat I Phone ?...sambar la....murah je..rege die kat maxis tanpa terikat kontrak ialah RM2699 kalo x salah aku...murah je! hahahaha...anda boleh dapati telefon ni start 26 september ni...go! go! go!...haha...

Sabtu, 18 September 2010

Blogger Droid.Posting pertama

Ni posting pertama aku pakai aplikasi ni.Android ni banyak aplikasi untuk kegunaan seharian untuk memudahkan kerja.Walaupun aplikasinya kat android market tu masih x sebanyak I Phone Store,tapi aku percaya nanti android mesti boleh lead gak satu hari nanti.

ehhh... Lupa lak nak citer pasal aplikasi ni.sebenarnya aplikasi ni kegunaannya untuk memudahkan kita mem ' posting ' directly to blogger hanya dengan menggunakan telefon je...mudahkan?.Yang penting syaratnye kenalah pakai phone android.semua function ade dari edit sampai ke letak gambar atau video.Sesape yang tulis blog dan dalam masa sama pakai android tu bolehla try.
Published with Blogger-droid v1.5.9

Rabu, 15 September 2010

Nak tulis ape?....this is my 1st post!

This is my 1st posting at this blog...tapi ini sudah jadi post yang ke berapa ratus tah kalo campur dengan blog aku yang satu lagi www.malayandroid.com.Ermmm..kenape aku buat blog satu lagi ni??? tahla...saje je..this is not formal blog..saja-saje,suke-suke,citer pasal kehidupan aku...blog satu lagi tu citer pasal ANDROID je memanjang sebab aku rasa tu lah yang menjadi kegilaan aku ketika ini...Android...aku wat blog tu dari orang tak ramai pakai phone tu lagi..tapi Malaysia ni lembab tul.aku rasa kalo tanya Android kat orang Malaysia mesti masih ade yang xtau...ahhh lantakla...pedulik ape aku....